Pendekatan Mesra Muslim

Mengikut garis panduan dan syariat islam

Tidur dan mendapatkan rehat yang cukup merupakan sebahagian daripadah ibadah didalam islam yang mampu meningkatkan iman dan kesihatan seseorang. Oleh itu, langkah yang perlu diambil untuk mendapatkan tidur dan rehat yang berkualiti ialah memastikan tilam yang dipilih diyakini berkualiti, bersih dan suci. Kebersihan dan kesucian tilam juga menjadi salah satu aspek yang perlu diberi perhatian bagi memastikan ianya bebas daripada perkara-perkara syubhah.

Memastikan produk dihasilkan  bebas dari perkara syubhah

Kebersihan dan kesucian tilam juga menjadi salah satu aspek yang perlu diberi perhatian bagi memastikan ianya bebas daripada perkara-perkara syubhah.

Memastikan tiada penggunaan  ‘Rebond Foam’ yang memudaratkan kesihatan

Bagi memastikan tiada penggunaan ‘Rebond Foam’ dalam setiap penghasilan tilam, setiap komponen yang digunakan mempunyai kelulusan dan pengesahan yang berkaitan daripada pakar-pakar bidang tersebut.

Menggunakan bahan berkualiti, bersih dan suci

Bagi pengguna yang mementingkan keberkatan, kebersihan,kesihatan, halal dan haram dalam menjalani kehidupan harian, penghasilan produk-produk mesra muslim ini memudahkan mereka untuk membuat pilihan dan seterusnya memberikan mereka tidur dengan lebih  lena dan tidur yang berkualiti tanpa perlu rasa was-was lagi.

Mengutamakan amalan pengilangan yang baik (GMP)

Penghasilan tilam mengikut garis panduan dan piawaian yang telah ditetapkan oleh syarikat. Piawaian ini mengikut penanda aras antarabangsa dan diperakui. Kakitangan terlibat mendapat latihan yang sewajarnya dan berkelayakan.